Sunday, July 10, 2011

entry sedih

setelah begitu lama aku menyepi tanpa tulisan
bukan menyepi tanpa kata
sebab hari-hari bibir mengucap kata-kata
kadang-kadang indah, kadang-kadang nista, kadang-kadang dusta 
yang pasti seringnya penganjingan
aku kembali ingin menulis dengan selesa

meninggalkan blog selama sebulan lalu berdasarkan tarikh entry terakhir sepuluh jun
betullah sepurnama tak menaip sebab sekarang sepuluh julai

awas.
ini cerita sedih dan penuh klimaks mungkin.

sayu hati mengingatkan beliau menangis-nangis tersedu-sedu
menarik-narik baju dan tudungku sampai nak tercabut 
nasib baik aku pin tudungku ketat waktu itu
kalau tidak pasti tertogel aku di situ

puas aku cuba regangkan genggaman tangan beliau
tak. belaiu tak mahu lepaskan.
berjejes-jejes air mata beliau mengalir di pipi
tak semena-mena aku sekali berjejesan air mata

.sayu.

sembilan julai dua ribu sebelas
kita terpaksa berpisah 

kau dengan haluan kau
aku dengan haluan aku

kita memang tak serasi bersama
aku mintak maaf, bukan aku tak sayangkan kau.
::::
:::
:::
:::
:::
*maaf, aku terjeda seketika, perlu mengesat air mata. 
kalau tidak menitis di papan kekunci laptop, takut rosak lagi*
:::
:::
:::
:::
:::
::: 
*aku sudah tidak sanggup menceritakan kisah kami lagi
nanti aku semakin beremosi*
:::
:::
:::
selamat tinggal damak
:::
::: 
:::
:::
kisah motherboard yang ditinggalkan pada entry terakhir betul-betul tragis
sebab aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada laptop kompak
yang telah banyak berjasa kepada aku
siapkan powerpoint presantation, assignments, movies, bla bla bla
sebab beliau hampir meninggal, belum meniggal tapi nazak
aku terpaksa merelakan pemergian beliau
perpisahan ini perlu diredhoi
...

0 budak gemuk cakap: