Sunday, July 24, 2011

kenapa aku suka balik rumah

Assalamualaikum semua. Dulu aku berjanji ingin update cerita broga. Tapi aku mungkir nampaknya. Aku terlalu malas untuk menceritakan aktiviti hidup aku yang kononnya menarik sangat. Bukan aku nak jadi monyok mahupun lesu mahupun jumud untuk menaip secebis entry. Cuma aku rasakan ianya tidak perlu. Lebih baik aku menaip sesuatu yang aku rasakan aku benar-benar ingin kongsikan. Sepertinya blog ini adalah diari hati. Ah. Aku peduli apa. Blogger.com ini aku sign up sendiri. Suka hati aku lah kan. Ok. Masalah aku datang kembali. Aku melalut. Selalu lari daripada kehendak soalan sebenar. Kenapa aku selalu mamai. 

Rasa macam dah lama aku tak bercerita perihal kucing. Tragedi hitam yang berlaku dua kali berkaitan kucing betul-betul membuatkan aku hilang feel nak bercerita pasal haiwan ini. Bukan aku hilang minat, cuma aku hilang feel. Berapa kali aku nak ulang ayat yang sama. Dasar jumud. 

Sekarang biar aku terus-terang kenapa aku suka balik rumah daripada stay dekat maktab.
 Selamat meng-usya.






Ok. Mereka suka jeling-menjeling.
Tapi tidak berani meluahkan kata cinta. 
Yang betina sangat garang, yang jantan serupa ponde.
 Mana nak berputik cinta.



Ini Ciki. Asal Putrajaya. Tarikh lahir 15 Oktober 2010. Aku tak tipu.
Tapi dia ni serupa ponde even muka macam macho. 
Belum pandai mengurat dan takut dengan kucing betina.



Ini Kak Ros @ Mak Janda @ Cemek. Asal Bukit Serampang. Umur setahun lebih. Kak Ros nama tuan lama dia kasik, macam evergreen gitu. Mak Janda atuk kasik sebab dia pernah berkahwin dan sudah beranak sekali. Cemek Mak Timah panggil sempena mengingati arwah yang sudah pergi. Suka mengeluarkan kuku sampai calar-balar badan aku lagi-lagi bila dimandikan.


Ok. Ini insan yang bertanggungjawab membawa mereka menghirup udara segar bila aku dekat maktab. 


Ok. Ini Snowie kucing warden asrama bernama Tuan Ali. Bila aku dekat maktab, Snowie pengganti Ciki dengan Kak Ros. Kesian tengok Snowie macam terbiar. Rasa macam nak kutip bawak pulang Muar. Sudah la gedempol dan sopan-santun. Hampir setiap malam lepak dengan beliau main lidi.

Motif entry kali ini : Kenapa aku suka layan kucing. Kucing baik dengan kita bila kita buat baik dengan mereka. Kalau manusia ? 

Babai :)

7 budak gemuk cakap:

ezza alias said...

sama la ina. aku pun excited sgt nak balikrumah sbb kucing.
sampai gate je kucing dh sambut.
dekat unimas aku ada bela 3 ekor kucing.
aku nk bwk balik tp cm susah sbb naik plane. sob sob sob.

nana jasmine said...

comelnya!!! XD

zurinagaffar said...

@ezza alias : yeke. ada geng. hehe. kan. kucing2 buat ak gile. tapi ak lebih teruje pade persian. nanti aku dah kije, ak nak beli yg seribu lebih tu. woah ! meh same2 mencintai kucing :)

@nana jasmine : thanx. XOXO

|| A r a W a n i || said...

eee... geramnya la tengok kucing awk nihhhh!!!!
aumm... eh, slah.. miaww~~

zurinagaffar said...

@arawani : thanx babe :)

anumazman said...

ad gmba kucing ko ny dlm hp ak..btw,ak rse mcm bce blog bdk pismp bm lak...hehe

zurinagaffar said...

@anumazman : haha. hebat kan BM aku. lols