Sunday, July 17, 2011

bayi, selamat hari lahir !

Assalamualaikum semua. Pertama sekali, apa yang ingin aku tekankan, hitamkan dan picitkan dalam penulisan aku kali ini adalah betapa amazing-nya aku menaip entry pada malam Ahad hujung minggu yang sunyi di maktab sambil mendengar lagu-lagu jiwang karat menggunakan telefon-kepala yang baru dibeli di yat-rendah hari jumaat lepas tatkala manusia lainnya mungkin menonton televisyen, mahupun makan durian, mahupun bermain lattalilattalitamplom bersama adik, mahupun terlena di atas katil rumah masing-masing, tidak kiralah katil mereka bujang, permaisuri mahupun raja. Yes. Aku sangat kagum dengan diri sendiri yang tidak pulang ke rumah sedangkan terlalu ramai yang pulang. Kebiasaannya, akulah muka pulang, muka rumah, muka status menjengkelkan dalam mukabuku kononnya mahu show off pada mereka yang tidak pulang, betapa heaven-nya duduk rumah waktu hujung minggu. Tapi, malam ini, aku merasai kehangatan malam di maktab. Padan muka aku. 

Namun, tinggal di maktab pada hujung minggu bukanlah sesuatu yang sangat menjengkelkan macam mereka jengkel dengan status-status aku bila di rumah. Seronok juga. Seharian aku bersiar-siar. Ke hulu, ke hilir lagak bagaikan mak andih menjual dadih. Penat tapi menghilangkan stress. Walaupun tidaklah stress mana pun belajar di maktab, namun stress yang sedikit itu mesti juga dilepaskan pada hujung minggu sebelum memulakan hari pertama minggu baru, Isnin. Kerana stressnya pada pagi hari Isnin itu sudah menunggu tatkala berdiri di perhimpunan dan menyanyi bermacam-macam jenis lagu seperti lagu ikan kekek, bunga raya mahupun lagu sungai. Serta jangan dilupa, ceramah percuma berkaitan politik negara. Sangat menguntungkan.
::::::
:::::
::::
:::
::
:
Eh. Nanti sekejap. Bila aku terjeda seketika dan menyemak apa yang aku taip dalam dua perenggan yang awal, aku dapat rasakan aku sudah melencong jauh daripada kehendak soalan ataupun tajuk entry kali ini. Ah. Mengapa aku begini lalai dan cuai. Hal-hal beginilah yang boleh membuatkan aku tidak mendapat keputusan peperiksaan empat rata. Aku perlu lebih berhati-hati dan gigih berusaha. Semoga aku berjaya. :)

Kembali kepada kehendak soalan. Sebenarnya, aku hendak bercerita mengenai seorang hamba Allah ini. Ya. Semalam hari lahir beliau. Enambelas Julai. Aku terlambat membuat entry ini kerana seharian aku sebuk. Al-maklumlah, menjual dadih. Kena rajin cari pelanggan mahu membeli dadih kita. Kenapa aku buat entry hari lahir untuk beliau. Istimewa sangatkah beliau ini dalam hidup aku ? Yes. Beliau sangat istimewa. Walaupun beliau tidak pernah menyebut nama aku sekali pun, tahu nama aku, apatah lagi. Tapi aku, bila dengar sahaja namanya, sudah pasti terkinja-kinja lagak bagaikan si gila ingin bertemu beliau. Kami memang berbeza bagaikan langit dengan bumi. Dia, digilai ramai sebab bukan aku seorang sahaja yang terkinja-kinja bila mendengar namanya. Tapi aku, dengar sahaja nama aku, mungkin ramai yang hendak muntah hijau. Berbeza bukan ?

Ok. Aku melalut lagi. Aku sudah tahu kelemahan aku sekarang. Aku budak lalok yang suka melalut. Terus kepada kehendak soalan. Hari semalam hari lahir Harraz Nu'man yang ke-dua tahun. Seorang kanak-kanak lelaki yang paling anggun pernah aku temui setakat ini. Betul. Aku serius kali ini. Nasib baik jarak usia kami jauh, kalau tidak pasti aku goda kau, budak. Harraz anak saudara kawan aku yang juga anggun, Nani Syafiqah. Tidak hairanlah Harraz itu anggun, kerana ibu saudaranya juga anggun sekali lebih-lebih lagi jika memakai baju berwarna turqoise gelap.  Terpana mata yang memandang.

Mungkin kamu semua rasa aku terlalu ber-hiperbola dengan kenyataan aku, macamlah Harraz ini boleh lawan kecomelan Suri anak Tom Cruise dengan Katie Holmes yang menang anak selebriti Hollywood paling comel dalam majalah Forbes kan. Kalau rasa-rasa tak kenal si Suri ni, silalah meng-google-nya sendiri. Terima kasih. Tapi Harraz Nu'man ini. Biar aku yang perkenalkan. Boleh usya si Harraz ni. Tapi, sila jangan jatuh cinta mahupun tergila-gilakan dia ok. Nanti makin ramai pesaing aku. Tak guna.





 Ok. Sekarang anda percaya atau tidak kenyataan-kenyataan hiperbola aku tadi ? Nak lagi ?



Ok. Serius aku nak pitam. Walaupun dia pegang handset terbalik, gaya dia tetap meruntun jiwa.



Bukan aku rakyat tempatan sahaja yang tergila-gilakan beliau, malahan rakyat Korea bermata kuyu  juga menjeling-jeling ke arah beliau walaupun kononnya orang-orang K-Pop tu super hot entahapekejadah. See.

Ok. Cukup dah kot aku buatkan kau orang genggam-genggam jari, lempang-lempang pipi, tekap tangan dekat gambar beliau atas skrin laptop sambil terjerit-jerit beliau ini sangat comel. Silalah mengaku. Sebab aku pun begitu juga. Haha. Aku baru jumpa Harraz ni Jumaat lepas. Yes. Dia lompat-lompat dalam kereta waktu itu sebab tak boleh keluar, hari hujan. Aku dapat flying kiss daripada Harraz. Aku dapat gentel pipi Harraz. Kau hado ? Nan hado kan ? Padan muka. 

Sebelum terlupa. Salam Nisfu Sya'aban semua. Kawan aku cakap, buku amalan lama dah ditutup. Buku amalan baru dibuka. Aku terpikir buku amalan aku dah ada duapuloh. Cukup atau tidak bekalan itu untuk aku bawa ke mati nanti ? Belum sangat rasanya. Buku amalan yang ke duapulohsatu ni, cuba perbaiki. :)

Babai
(^,^)v

p/s : Nanti bila ada waktu senggang dan bekalan kerajinan aku nak story pasal Broga yang awesome pula ! See you in the next entry peeps !  XOXO

4 budak gemuk cakap:

cikuwada said...

Sungguh ilmiah bahasa awak! saya sangat KAGUM membacanya.. wow! amazing :P

zurinagaffar said...

@cikuwada : haha. kenalah ilmiah. untuk Bahasa Melayu Puan Halijah kan. KAGUM lagi saya dengan anda yang tak henti2 hiking. lol

nani syafiqah said...

haha
baju turqoise tu rm5 kot
ina da mabok turqoise skrg ni
harraz mmg comel

buku amalan ina yg baru dimulakan dgn babak drama di warta ya

zurinagaffar said...

@nani : tak kisah la brape RM tetap gojes. memang mabuk sejak dulu ok.

buku amalan baru penuh extream