Assalamualaikum semua.
Mood nak update blog baru datang macam angin sepoi-sepoi bahasa,
Indah tak terkata, mata berbunga-bunga, jari-jemari dempak menari-nari,
Bait-bait tulisan sudah disusun kemas bak cangkir-cangkir ayat novel cinta,
Hatta, jari-jemari dempak ini beralih kepada butang 'power on' pada papan kekunci,
Ya, komputer riba yang baru sahaja pulih daripada kemalangan beberapa minggu lepas.
TIBA-TIBA
Komputer riba kompak itu tidak mengeluarkan 'display',
Hanya beberapa lampu berkelip-kelip seperti mata lelaki gatal yang idamkan penampo,
Indah perasaan bagai bulan jatuh ke riba waktu itu bertukar serta merta,
Perasaan bagai matahari jatuh ke kepala seakan-akan mengambil alih..
KEPALA MAUT
Komputer riba kompak memang dasar kopak,
sudahlah kopak, mengopakkan lagi 'rm',
sudahlah kopak, mengopakkan lagi 'rm',
Baru beberapa minggu lepas rosak 'mak papan' itu,
Sudah dibaiki, beberapa not 'rm' terpaksa dihulur,
Hari ini 'mak papan' bikin durja ningsun lagi ?
Seronok betul rasa hati sampai rasa nak ganti 'mak papan' dengan 'mak putih',
Kalau tak dapat, rasa nak mamah komponen-komponen kecil dalam 'mak papan',
Kalau tak dapat juga, rasa nak main 'papan luncur' dengan ikan pari.
Impian untuk berkahwin dengan jejaka pencinta kucing parsi terpaksa dihapus ?
Dan diganti dengan jejaka pe'repair' komputer riba pula ?
Jejaka mana menjadi keperluan sekarang ?
Oh, pelamin anganku bakal musnahkah ?
Dan perlukah aku belajar semua komponen dalam 'mak papan' secara expert ?
Di samping kucing-kucing parsi yang membahagiakan.
Ya. Mungkin kepakaran me'repair' komputer menjadi keperluan sekarang.
Terima kasih 'mak papan'
Aku sayang 'mak papan' ketat-ketat, kalah aku sayang kucing aku.
*nampak tenang kan macam buat sajak William Shakespeare,
dalam hati menangis nak tukar komputer riba vaio tapi not 'rm' gersang melampau*

2 budak gemuk cakap:
no komen
@zutenfeisha : kau no komen, tapi komen. takpe2. aku sgt berang dgn motherboard laptop itu skrg.
Post a Comment