Assalamualaikum semua.
wah, rasa bersemangat nak update apabila dapat berita yang sahih
ujian akhir kursus (UAK) ditangguh !
walaupun sehari, rasa macam tangguh setahun kot.
Ini entry flashback ok.
Dolu-dolu aku selalu kena tibai sebab mistakes
yang entah berapa banyak kali aku buat
maklumlah, kanak-kanak kan, pastilah nakal.
kalau tak nakal kang, nampak tak cerdas pulak.
Inilah namanya hukuman dunia.
aku tahu setiap ibu bapa punyai cara masing-masing untuk menghukum anak
ada ibu bapa yang langsung tak sentuh anak mereka
jentik pun tak pernah, apatah lagi cubit mahupun lempang, jauh sekali nak bako
Ya. ini namanya anak emas, anak mutiara, berlian intan payung.
tapi aku tak dididik macam anak emas seperti di atas
aku dibesarkan dalam suasana ketenteraan tahap prebet.
maksudnya, ada lah adegan pukul-memukul, lempang-melempang,
cubit getu jangan cerita lah woi.
cubit getu jangan cerita lah woi.
tak hairan langsung woah kulit aku ada kesan kuku.
tapi tak adalah sampai tahap penderaan kanak-kanak
biasalah, budak kalau tak dihukum, nanti naik lemak
macam aku sekarang lah, da lama tak dihukum,
lemak banyak, itu yang sampai obes.
lemak banyak, itu yang sampai obes.
Ada suatu peristiwa, waktu tu umur aku sekitar 5-6 tahun
comel lagi kan, kecil molek muka tak ada dosa punyalah
nak dijadikan cerita, bangun sahur bulan puasa merengek-rengek
menangis mengada-ngada kononnya malas bangun
lama aku dok merengek-merengek depan rezeki sahur tu.
Atok aku kelihatan cool dan bersabar dengan perangai aku waktu itu.
makan je sahur sambil menghisap rokok lucky strike kegemaran beliau
aku pulak teruskanlah adegan merengek manja tu
sampai suatu masa selepas mencuci tangan menggunakan teko basuh tangan
atok aku yang tadinya kelihatan cool mengambil air bekas basuh tangan satu keluarga tu
dengan selamba mencurah air bekas-bekas tangan orang tu atas kepala aku
seperti mecurahkan air di atas daun keladi.
Yes. kau hado kena simbah air bekas basuh tangan orang macam tu ?
membongak la weh kalau hado.
best gila kot waktu tu rasa macam baru lepas mandi air terjun
beza ada tambah nasik-nasik kembang je dekat celah-celah rambut aku
memang terkedu kot budak muka flawless tu kena simbah free je
padan muka dia.
semakin kuat la aku meraung bagaikan dirasuk hantu nasik
tak pasal-pasal aku mandi awal haritu
pukul 5 pagi dah siap mandi nak pergi sekolah tadika
pooiihhhhh (-_-')
![]() |
| kau tengok. tempat tadah air bekas basuh tangan tu lah air mandi aku waktu ni. fun gile ! |
ini cerita lain pula,
umur lebih kurang tingkatan dua
besar dah kot masih mengalami hukuman kanak-kanak
"ina, ikut abah pergi kerja kahwin rumah mak teh kau", arah bapak aku.
"tu kan sepupu kau", gertaknya lagi.
biasalah. aku kan kepala batu belah batu bertangkup
kalau aku kata malas, malas lah jawabnya.
dengan selamba badak sumbu aku makan cekodok pisang
buat bodoh je dengan apa yang bapak aku cakapkan.
macam biasalah, orang lelaki kan suka nampak cool.
padahal dalam hati dah bergelojak kot rasa nak kitai-kitai je
bila anak dia buat bodoh dengan apa yang dia cakap
siap boleh buat muka sedap gila makan cekodok pisang
hello ! that's my favourite!
cekodok pisang memang heaven gile !
lagi sekali, dengan selamba beliau yang berada tak jauh daripada aku
datang dekat dengan aku
menghayun tangan...
gedubukk !
beliau debik aku guna tangan badang beliau
dekat belakang badan aku
sampai tersembor cekodok pisang dalam mulut aku.
umangai ! zalim gila beliau waktu itu.
aku yang sangat terharu waktu itu dengan pantas melarikan diri
kunci diri dalam bilik kolah belakang rumah dengan sisa cekodok dekat tangan
teresak-esak aku nangis kot waktu itu
bukan sebab takut ataupun sakit
tapi sebab terkejut.
haha.
kau hado tak kena debik macamtu?
act. dah banyak kali aku kena debik belakang macamni
tapi aku rasa ni paling tragis kot
sebab ada cekodok tu sebagai watak tambahan
pffffffffffffff (-_-')
![]() |
| terima kasih cekodok. setia menemani aku menangis dalam bilik kolah. |
yes. itu cerita aku.
sebenarnya banyak lagi hukuman zaman kanak-kanak yang aku terima
sebab tu aku macam dah jadik manusia yang berhati kering kot
sebab dah biasa dididik dengan cara ketenteraan
untunglah weh siapa dapat tengok air mata aku.
LOL
babai :)
p/s : gud luck exam kawan-kawan !


5 budak gemuk cakap:
yang part cekodok tu lawak.haha
@zul : haha. part air basoh tangan tak ek. sadis la hidup zaman kanak-kanak :)
patutla aku slalu kena tibai ngan hg
@ju : mne ad selalu weh :)
haha..inaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. lawak laaaa
Post a Comment