Assalamualaikum semua. Apa koba yop yop sekalian ? Harap sihat sejahtera la ek. Harini topik tak berkaitan dengan touching ataupun menyentuh sentimen persahabatan ok. Buek apo den nak koba pasal hati. Penat tulis ikut hati, orang nak muntah baca kan. Dah tak payah den buek entry sentimental lagi. Aku yang mental lama-lama bila pikir problem yang entahapekejadah tak sudah-sudah. Haha.
Disebabkan aku terlalu banyak masa senggang, akhirnya aku telah menjadi stalker terhebat abad ini. Macam-macam aku stalk dengan roommate aku. Kami bertukar-tukar link page yang tak sepatutnya wujud dalam facebook ini. Bukan nak belagak, tapi, sebagai salah seorang yang awal memiliki akaun facebook, aku dok perhati la facebook makin lama makin tak senonoh. Banyak la orang dok guna facebook ini buat pages yang entahapekejadah sekarang ni. Bukan aku nak kata aku ni senonoh sangat. Tak. Aku pun tak sebagus dan sebaik mana. Suam-suam kuku kaki je aku ni.
Antara page yang memang tak boleh diterima urat kentut wangi adalah ini. Pencarian Lelaki Sweet dan Awek Bertudung. Eeeeuuuwwwww. Tiada niat aku nak jealous aku awek bertudung yang tidak mempunyai teman lelaki sweet. Tapi page ini tidak wajar wujud dalam alam maya. Mengapa perlu ada ? Entahapekejadah la ekau admin buek page ni. Nak buek bini ke nak buek laki? Ok lah. Dah cantik sangat page ni, lepas dah jumpa beberapa pemenang bulanan, boleh buat agensi mencari jodoh. Lelaki sweet yang menang dijodohkan dengan awk bertudung yang menang. Shwwweetttnyeeewwww. Ahaks. Aku tak 'like' page ni dan jugak tak 'like' page yang anti page ni. Harap faham bahasa aku. Tapi menurut pemerhatian aku, ramai yang 'like' page yang anti page ni. Itu hak individu yang aku tak nak kacau. Ini cuma pendapat aku sebagai salah seorang facebook user.
| hambek kau. aku buat print screen lagi. sweet kan kalau berjodohan. haha. |
Keduanya, page yang memang aku boleh la nak letak tahap ketaksenonohan dia tahap moksya, ini. Budak2 bohsia zaman sekarang. Hadohai. Punah bijik mato tengok page ni. Aku tak berani nak komen lebih la kan. Sebab aku sendiri tak tau asal usul page ni, admin dia dan semua yang berkaitan. Cuma nak cakap, page ini lebih patut tak ada kalau nak dibandingkan dengan page lelaki sweet dan awek bertudung tu. Page ini lebih patut ada yang 'anti' daripada page yang di atas. Bahasa Subhanallah entahapekejadah. Ramai pulak yang 'like' semua dok mengganas bahasa hah. Semua Melayu. Tak ada pulak aku tengok gambar bohsia-bohsia tu cina ke, india ke, kadazan ke mahupun iban. Ok. Speechless. -_-'
| kalau rasa nak contact phone number mereka, silalah. hellyeah. |
Dah la penat aku menaip. Isi takde dalam entry kali ni. Macam lah selama ni entry aku ada isi. Tu yang sampai ada yang nak muntah baca kan. haha. Kalau ada yang rasa nak tambah pages yang korang rasa tak perlu ada dalam facebook, silalah buat entry baru dekat blog korang ok. Kalau nak letak page 'zurina gaffar' tak patut ada dalam facebook pun aku tak kesah. Sila. Sila. Kalau takde blog, bolehlah bukak akaun blogspot. haha. Betullah aku dah mengarut ni. Ok. Babai. :)
p/s kali ni penting eh :
- lagu blog sedih-sedih dah tanam dalam tanah hah.
- kan dah masuk sentimen hati lagi. cis betollah. caio.
5 budak gemuk cakap:
makin pening ngan dunia skrg
hadoiii ... ape masalah dgn page2 tu sume ....jeles ke hape ? bukan jd masalah pape pon .. bukan wat owg murtad pon ......
@ju : memang pening
@anonymous : maaf bertanya. adakah anda salah seorang yang terlibat dalam page2 ini? lol.
salam..kalau tak silap..yang bohsia tu perbuatan berunsur fitnah yang dilakukan member si 'bohsia' tu.
tapi ironinya, macam mana orang tak gelar bohsia kalau menjaja muka depan kamera sebegitu rupa ye tak? wallahu'alam
ye fyi saya dah usha gambar2 itu lul.
yang awek tudung tu...saya antara yang kena banned sebab beri komen pedas serta post gambar yang tak kena kriteria lelaki sweetnya.lul
@observer : thanx for your comments. btw, sy sokong anda. biasalah. siapa makan cili terasa pedas. lol.
pasal bohsia tu, sy jugak dah usyagambar dgn komen2 dia sekali. lol. haha
pasal awek sweet, biaselah, siape tak melenting kalau kena kutuk. lol.
Post a Comment