Friday, April 8, 2011

e-GOMO first episode

Assalamualaikum semua. setelah beberapa revolusi entry baru, private blog dan delete entry, kali ni aku terpanggil nak menghasilkan entry panjang yang takkan aku delete lagi. haha. aku nak memperkenalkan dekat korang semua pasal satu virus pemusnah hubungan yang sangat ditakuti ramai, e-GOMO. bukan e-GOMOL. Benda ni baru aku chekedout beberapa hari lepas. Simptom e-GOMO sangatlah mudah untuk dikenalpasti. dan pastinya aku salah seorang manusia yang sudah lama terkena virus ini. 

 memandangkan hasrat hati seorang kanak-kanak sekolah rendah bernama zurina yang ingin menjadi doktor tidak terlaksana akibat kebebalannya dalam subjek sains dan biografi pada tahap maksima. maaf, bukan biografi, tapi biologi. jadi, disinilah aku mencipta equation baru ini, e-GOMO. *menyampah pulak baca banyak-banyak kali word ni*.

ya. e-GOMO terhasil daripada dua perkataan yang berbeza maksudnya :
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
:::
ego + emo = e-GOMO

yes. aku rasa equation yang aku buat ni belum pernah ada sesiapa yang cipta. kalau tak percaya, silalah google samada google web, image, map, game, book ataupun sebagainya. yes. aku dah dapat phD sebab dah buat formula baru. senang cerita, biar aku terangkan dari mana datangnya hal ini. gini, bak kata mat salleh, "experiences is the best teacher" kan. ini semua pengalaman hidup aku lah. 

bermula seawal zaman kanak-kanak, peristiwa yang sudah jelas memperlihatkan aku menghidap penyakit ini adalah apabila aku berkeras untuk tidak mengikut bapaku ke sebuah majlis kenduri kahwin di luar kawasan felda. pada masa itu, bapaku  membohongi aku dengan mengatakan bahawa beliau hanya ingin membawa aku ke kedai, kemudian hantar aku ke rumah kembali, dan kemudian barulah menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Namun, atas sebab kebendulan seorang kana-kanak, aku lihat dari tingkap kereta, bapaku memandu terus menyusuri jalan raya melepasi pintu gerbang felda. "Ah, sudah. Mesti aku kena tipu. Mesti kena pergi kenduri kahwin tu", detak hati seorang kanak-kanak kecil comel yang sudah bergelojak hatinya. mustahillah lah aku akan buka pintu dan menggulingkan badan keluar kereta kerana itu hanyalah kerja bodoh yang akan menamatkan riwayat hidup aku sendiri. Hello! aku kanak-kanak pintar selalu dapat nombor satu sekolah tadika ok. Apa lagi, pastilah aku mula membuat emoticon  yang menjengkelkan dan memerintahkan aku dihantar pulang ke rumah. *tak ingat pula menangis atau tidak*. Namun, baru aku sedar, aku hanya budak kecil naif yang tidak diendahkan permintaannya. Menjengah ke jendela kereta, aku sudah di hadapan rumah kenduri kahwin itu. Bencinya aku melihat bunga manggar, nasi minyak, khemah-khemah di rumah itu. Tindakan seorang kanak-kanak egois yang beremosi pada waktu itu hanyalah membatu belah batu betangkup dalam kereta dekat seat belakang. Jangan harap aku nak turun. Kalau aku kata tak nak, tak nak lah jawapannya. See. ini salah satu simptom jelas virus e-GOMO.

 Bapaku yang malas nak layan budak gila ni pergi turun kereta makan nasi minyak. Aku semakin panas hati dalam kereta apabila orang ramai yang juga menghadiri majlis tersebut menjenguk-jenguk ke dalam kereta  melihat akan aku. Tak tahulah kenapa mereka kagum sangat dengan aku waktu itu. Mungkin sebab aku iras-iras mia sara amani. sangat comel keseorangan di dalam kereta dengan bibir terbalik masam mencuka. Klimaks kisah ini berlaku apabila aku tanpa berfikir panjang membuka pintu kereta, melangkah keluar berjalan terus meninggalkan rumah kenduri jauh di belakang tanpa menoleh lagi. Ya. Itu tindakan aku. Lagak macam orang dewasa bukan. Semestinya aku seorang yang cepat matang. haha. Berjalan dengan laju, terus dengan yakin tanpa mengendahkan orang sekeliling. waktu ini, aku ingat, aku sudah mula menitiskan air mata. malunya. Orang ramai yang lalu-lalang melihat pelik bagaimanakan seorang kanak-kanak comel berjalan seorang diri macam kucing terbiar mencari ibunya. Tak. Aku bukan sharlini yang hilang tu. Aku zurina yang hilang kawalan emosi. 

Beberapa derap langkah, kononnya mahu pulang ke rumah, akhirnya di hadapan aku, sebuah kebun disertai kolam ikan di tepinya. yes. Aku dah sesat. Sesat memang sinonim dengan hidup aku. Kagetnya aku waktu itu menambahkan lagi kuantiti air mata yang mengalir. Pada waktu itu, aku masih ingat, seorang anak dara sunti yang menaiki motosikal menegur aku. "Adik, adik nak pergi mana ni?". Lebih kuranglah ayat dia. Aku tidak menjawab sepatah pun pertanyaan akak tersebut. *simptom kedua*. Terus menangis dengan lebih hebat. Akak tadi pun terus berlalu dengan muka pelik. Mungkin menyangka bahawa dia telah menegur anak bunian tepi kebun. Aku berdiri kaku dekat situ. Tak tahu nak ke mana. Tiba-tiba, satu bunyi hon kereta yang aku kenal menerjah masuk ke 'eardrum' telingaku. Ya. Itu kereta abah ! Konsep tak ingin menoleh terpaksa dilupakan. Betul. Kereta abah di simpang dekat-dekat tempat aku berdiri. Oh. baru aku perasan, sepatutnya aku belok di simpang itu, bukan tegak. Patutlah aku jumpa kebun. Cis. Dasar budak sesat.

Dengan muka tebal macam pakai make-up cina opera klasik, aku berpatah balik dan masuk semula ke dalam kereta. Melihat muka bapaku, nampak sangat beliau tersenyum sinis seolah-olah ingin menyatakan, "padan muka kau, konon belagak nak balik jalan kaki". Bencinya aku waktu tu. Cis. Sepanjang perjalanan pulang, aku hanya membatu, sepi tanpa kata. Abah cool sahaja. Mungkin puas setelah anaknya dapat malu atas silap sendiri. Pengajaran.

Ok. Aku rasa dah panjang sangat entry ni. Kalau taip assignment pbs mesti dah beberapa mukasurat. Peduli apa. Aku malas. Buat assignment tak feel macam buat entry. haha. Peringatan buat semua ya, ini cerita benar. aku tak tokok tambah ye. Cuma aku tak ingat usia aku waktu kejadian ini berlaku. Yang pengting belum sekolah rendah. 

Kesimpulannya, cuba kalau aku tak bersifat ego dan emosi, mesti aku dah kenyang makan nasi minyak. Siap dapat bunga telur lagi mungkin. Lebih penting lagi, mesti banyak pujian aku dapat pasal aku comel kan. Tapi sebab e-GOMO ni sahaja, habis punah semua kan. Padan muka sendiri.

kau tengok muka budak ni bila penyakit e-GOMO menyerang
ini bila bebas daripada e-GOMO. sumpah comel. haha
Habis satu episod, akan ada episod lain pasal e-GOMO ni sebab penyakit ni belum pulih daripada hidup aku. Dasar manusia tak tahu serik. Tak ambil pengajaran. Patut lempang budak ni dua kali. nanti aku sambung. Babai. 


p/s : please try to forgive me -_-'
: i need friendssss in my life.

6 budak gemuk cakap:

~nAnie~ said...

saya memang suke mencari kesalahan anda

kesalahan yang dapat dikesan pada episod pertama:

mia sara nasuha bukan mia sara amani

sekian

ju said...

hekhekhek
budak lain kot nani..haha

dieba said...

fuuhhhh...mia sara la seyh...
pjg beno episod 1 dia..
xsabar nk tggu episod seterusnya...hahaha

cik siti zurina said...

nani : haha. malu. biaselah budak sesat. sekian jugak -_-'

cik siti zurina said...

ju : tidak. aku memang salah. haha

cik siti zurina said...

dibah : next episode lame ag. mengikut perkembangan masa tumbesaran diri aku.