Sunday, February 13, 2011

seminggu penuh bahagia, cukup untuk hati terguris selamanya

Jumaat ; 28 Januari 2011
Aku memandu dengan penuh teruja balik kampung lebih kurang lepas-lepas zohor sebab maktab dapat cuti raya cina sampai seminggu. Yes. Dapat aku bela anak bayi lama sikit. Cemek yang aku baru cerita dalam entry lepas.Dapatlah dia kenal muka tuan dia ni betul-betul. Kalau tak, nanti dia rapat dengan mak timah je sebab mak timah yang jaga dia sepanjang dua minggu aku kat maktab ni. 

Sampai rumah dah petang dekat-dekat senja. Angkut barang, campak beg, salam salam orang dekat rumah. Terus menonong pergi tengok anak bayi dekat sangkar. Tengah duduk relax-relax nampaknya dia. Wah ! Dah beso lah kau ! Ekor dah makin panjang. Bulu makin lebat. Dah aktif. Tak macam mula-mula aku tinggalkan. Nak jalan pun ting-tong sebab kecik lagi. Kasik mainan pun lari sebab takut. Memang habis kau aku gomol cuti seminggu ni.


Sabtu - Jumaat  ; 29 Januari - 4 februari 2011
Setiap hari aku bangun pagi. "Ina..! Kucing kau dah melabor. Ina...! Kucing kau dah mengiau lapo tu.". Semua dok terpekik pepagi buta suruh aku setelkan anak bayi. Takpe. Bangun terus kemaskan die. Buang taik, cebok, lap, last sekali kasik makan. Sebab dia kuat makanlah. Eeii. Kucing gemok ikut tuan. Bila dia nak makan, aku ketuk je pinggan oren makan dia tu kat simen. Dengar bunyik tong-tang tong-tang tu, mesti dia ngenot-ngenot datang. Tak kisahlah lapar ke, kenyang ke. Sebab dia asyek nak makan je. Ikut tuan kan. Makan tak nak berhenti
.
Lepas makan mesti kesat-kesat mulut. Terus nak main-main. Haihh. Ingat nak sambung tidur balik. Tak dapatlah. Kucing ni buat aku bangun awal je. Bak kata bapak aku, "Bagus bele kucing. Bangun pagi je tiap-tiap hari". Cehh. Mainan anak bayi aku ni senang je. Hulur je jari tangan ke, kaki ke. Nanti dia gigit-gigit. Tak sakit lah. Kadang-kadang je ter-over energy die gigit, sakit la jugak. tapi takde la sampai tahap berdarah ke, berlubang ke jari ko. Best tengok dia main-main. Tok Mi suka 'agah' dia macam 'agah' budak kecik. Tok mi pun kadang-kadang panggil dia budak kecik. Semua perlakuan dia dibandingkan dengan budak-budak. Tok Mi selalu cakap, "Alah, budak...macam tu la dia. Macam orang jugak". kalau Mak Timah suka timang dia. Macam orang jugak. Kalau bapak aku suka geletek-geletek dia then letak atas pangku. Macam budak jugak. Best kan. Suasana rumah aku macam ada baby baru lahir je. padahal anak kucing dua bulan je pun.

Tapi kan, waktu ni dia suka kencing. Kerap sangat. Tapi sikit-sikit air kencing tu. Sehari lebih sepuloh kali aku kene cebokkan dia. Haiihh. Naik jenuh aku. Membebel je la dekat dia bajet  paham kan. Asyik kencing je. Mungkin sebab waktu tu hujan tak berhenti. Kan sampai ada kawasan yang banjir. Cuaca sejuk kot. Tu asyek kencing. Sampai satu tahap, bulu dia dah tak terurus sangat sebab asyek kena cebok je, aku beli hair dryer. Grooming bahagian bontot je la. Tak boleh mandikan lagi sebab kecik sangat. Kena tunggu besar. Wahhh ! Gojes bulu dia lepas kena grooming. Wangi pun wangi. Dah tak hancing. Kembang bulu ekor dia. Pandai pulak dia tayang-tayang bontot dia yang dah lawa tuh. Cis. Menyampah aku.

Macam ni lah setiap hari. Aku sampai tak buat kerja langsung. TV pun tak tengok sangat. Kerja ngadap dia je sebab leka kan main dengan kucing tengah nak naik. Waktu-waktu ni dia sangat suka main. Aku pun jadik fun gila layan dia. Malam-malam mesti lepak dengan kitorang semua. Kitorang tengok TV, dia baring kat celah-celah orang tengok TV. Sebok je. Lama-lama dah penat main, tertidur dekat situ. Tengah malam baru masukkan dalam sangkar. Best gila ada kau, anak bayi.


Sabtu ; 5 Februari 2011
Bangun pagi macam biasa, tengok sangkar kau. Tapi pelik sebab takde air kencing. Then, taik kau semacam je. Aik. Kucing ni. Selalu punyalah kencing tak kira masa. Hari tu, sepanjang malam tak kencing langsung. Merajuk ke kau aku marah kau asyek kencing je tak sudah-sudah. Takkan la kot. Lepas dah siap cuci kandang dia, ketuk pinggan oren nak kasik makan. Punyalah aku tong-tang tong-tang, kau tak datang, cemek. Aik. Pelik lagi aku. Selalu tak payah ketuk kau dah ngenot-ngenot datang kat aku kan. Takpelah, maybe tak lapar lagi kot. Sebab malam semalam kasik makanan lewat sikit sebab aku keluar, then nak kasik pagi tu macam awal sangat.

Pukol sembilan lebih, aku try kasik dia makan lagi. Tapi dia taknak toleh langsung makanan dia tu. Terus paling muka, then jalan. Aduhh. Kenapa kau tak nak makan ni. Aku dah mula risau. Then start pagi sabtu tu dia asyek baring je dalam sangkar. Kalau aku lepaskan pun, dia carik tempat sejuk dekat penjuru-penjuru rumah, then baring balik. Kalau tak pun, dia suka duduk dalam bilik air. Sah anak bayi aku ada problem. Tapi aku pun tak tau apa problem tu. Aku mesej dok tanya kawan-kawan aku yang ada bela kucing especially yang bela kucing jenis parsi ni pasal masalah anak bayi. Mereka cakap maybe dia demam. Kucing kalau demam memang tak nak makan. Then, suka menyendiri. Aku google segala hal berkaitan dengan masalah-masalah yang kucing boleh dapat. Kalau ikut yang aku baca, cemek ni demam lah. Oh. Demam bukanlah hal serius sangat kot. Tapi risau tu tetap la ada kan. Sebab dia tak nak makan, badan dia jadi lemah.  At the same time, aku try cari vet. yang ada dekat area rumah aku. Then, aku dapat satu num. vet. ni. Dr. Shan. Aku call dia tanya apa aku patut buat untuk bantu cemek, then dia cakap bagi minum air kelapa or glukosa. But if tak okay jugak, bawak jumpa dia later.

Aku pun buat lah macam yg dr. tu suruh. Minumkan glukosa so that dia dapat tenaga sikit sebab dia memang tak nak makan langsung. Then,  kasik munim air kelapa sebab orang pun memang cakap air kelapa bagus. Banyak khasiat. Dengan usaha-usaha yang aku dah buat, aku harap sangat cemek bangun macam biasa, main-main bola macam selalu. Tapi, lama-lama aku tengok dia makin lemah. Nampak macam ada lelehan keluar from bontot dia. Malam tu aku kerap tengokkan dia dalam sangkar. Aku rasa dah tak sanggup tengok keadaan dia masa tu. Terbaring sampai nak berdiri pun tak larat.


Ahad ; 6 Februari 2011
Pagi-pagi tu aku memang dah tak sanggup tengok dia lemah sangat. Malam sebelumnya, aku dapat no. sorang lagi dr. vet area muar nama dr. Razeem. Dr. ni kawan aku yang suggest kan. Klinik dia lebih dekat kalau nak dibandingkan dengan klinik dr. Shan. So, lepas call dr. Razeem ni, dia cakap klinik dia buka around pukol sepuluh. So, aku pun pergi lah bawak cemek pagi tu dengan bapak aku.

Sampai dekat klinik dr. razeem ni, dia buat check up pada cemek. Then dia cakap cemek ni satu je problem dia. Kencing tak lawas. Dia pun tak dapat detect kenapa cemek boleh kencing tak lawas. Dr. tu cakap lagi, dia tak dapat buat operation masukkan tube dalam salur kencing cemek sebab cemek kecik sangat. Baru two months. Dia timbang berat cemek pun,  600g je. Then, dia inject cemek tiga kali. Dua kali untuk masukkan air so that cemek dapat energy sikit. Sekali injection untuk antibiotik problem cemek tu rasanya. Kesian aku tengok cemek waktu tu. Lepas masukkan air tu, baru aku nampak cemek macam okay sikit. Segar la jugak even tak okay mane pun. Then dia urut-urut perut cemek. Dia pesan suruh sentiasa urut perut cemek macamtu so that saluran kencing dia kembali lancar. Dia cakap lagi, cemek tak kritikal pun. Bila dah settle semua, dia kasik makanan berprotein like tuna dengan syringe. Dia pesan suruh kasik cemek makan makanan tu campur air tiga jam sekali. Aku pun ikut je la semua advices yang dia dah bagi. Sepanjang on the way home, aku urut perut cemek macam yang dia ajar. Tapi cemek still baring je.

Balik rumah, lepas aku explain semua dekat mak timah, aku pun bergegas nak bersiap balik maktab. Sebab confirm haritu jam orang nak masuk kerja baru lepas cuti raya cina. Sebelum balik tu, aku tengok cemek macam da cergas. Dia da boleh bangun, jalan-jalan sikit, kita-kitai telinga. Wah ! Bestnya dapat tengok cemek macam dah okay before balik maktab. Lega lah sikit hati aku tengok dia macamtu.

Sampai maktab dah malam. Around maghrib. Telefon mak timah tanya perkembangan cemek. Mak timah cakap cemek macam ada kencing. Tapi dia still terbaring lagi. Sukanya aku bila dapat tau cemek kencing. Maybe dia terbaring je sebab kesan ubat tahan sakit yang dr. ada bagi tadi. Dr. tu cakap kesan dia for 24 hours. Tenang la sikit aku dekat maktab malam tu. Even risau tu masih ada.

Dalam aku tengah tidur, lebih kurang pukul 3.40pagi, aku dapat call. Mak timah. Berderau jugak darah aku. Aku macam dah agak apa yang mak timah nak bagitau aku waktu tu. Tapi aku cuba sedaya upaya aku elakkan diri daripada befikir macamtu. Angkat call. Mak timah cakap... "Ina...kucing ko dah takde. Mak timah nak kasik makan, tengok dah tak gerak-gerak. Tapi macam baru je mati. Elok je badan dia". Okay. Fullstop. Aku tahan diri aku daripada sebak waktu tu. Cakap biasa-biasa je dengan mak timah. Dah takde rezeki. Tanam die esok pagi. Then.. letak phone. Lepas tu, aku memang tak boleh tidur sampai pagi nak pergi assembly hari isnin dekat maktab. Ya Allah. Aku cuba seboleh-bolehnya anggap call mak timah pagi tu macam mimpi. Tapi tak boleh. Itulah kenyataan yang aku terpaksa jugak terima. Cemek dah mati. Kucing yang aku baru tengok main-main bola, gigit-gigit jari aku, ngenot-ngenot kejar aku nak  makanan. Dah takde.

Mungkin orang cakap aku sedih sebab rugi duit beli kucing tu. Tapi pada aku, soal wang langsung dah tak timbul. Sebab aku dah mula sayang dengan cemek. Sangat sayang. Walaupun hanya seminggu aku spent time dengan dia. Terpulanglah orang nak nilai macam mana. Sampai sekarang aku rasa macam tak percaya. Macammana aku balik rumah, nampak sangkar dia, bekas merah dia, pinggan oren dia, tisu dia, sikat dia, hair dryer dia, makanan dia, syringe dia, semua lah barang-barang dia. Semua tu buatkan aku akan sentiasa teringatkan kau, cemek. Aku tak sempat tengok kau besar. Tak sempat tidur peluk kau. Tak sempat mandikan kau bersih-bersih. Tapi, ini semua kuasa Allah. Aku terima takdir kucing ni mati dalam usia sangat muda,. Terima kasih sebab pernah ada dalam hidup aku cemek. Walaupun hanya seminggu, kehilangan kau cukup buat aku terguris selamanya setiap kali aku tengok kucing-kucing lain.

Bila aku call maktimah pun, mak timah cakap, dia selalu terbayang-bayang cemek main lari-lari gigit kaki dia. Cemek, kenangan yang kau tinggalkan pada kami semua amat mendalam walaupun tak sampai sebulan kau hidup dengan kami, cemek. Terima kasih cemek. Aku tetap akan rindukan kau.

Aku pegang kata-kata kawan aku ni sampai bila-bila.
" Ina, bila teringatka kucing hang ni, hang bayangkan ja dia tengah main lari-lari kejar rama-rama dekat sebuah taman indah penuh bunga-bunga. Mesti hang gembira. Walaupun tak dapat sentuh dia lagi "

cemek masa sihat. best main dengan kau cemek.

cemek sakit. siapa sanggup tengok bila dia macamni T_T

selamat tinggal cemek sayang. 
may you rest in peace.

1 budak gemuk cakap:

ju said...

kata2 tu dari yat,kulim,kedah...